MERSING, 21 September – Seramai 20 ibu tunggal di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga daerah ini telah mengikuti dengan jayanya kursus pertanian bandar anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Mersing. Kursus sehari yang diadakan di Pusat Pertanian Tenglu ini dibimbing oleh Encik Mohd Rahim bin Jais, Penolong Pegawai Pertanian.
Antara pengetahuan yang diberikan dalam kursus ini meliputi tanaman keliling rumah secara hidroponik, Nutrien Film Technique (NFT), Nurti Pot dan fertigasi. Pelbagai kaedah tanaman ditunjukkan agar peserta dapat gambaran teknologi yang terkini yang digunakan dalam tanaman. Penerangan dan latihan praktikal turut diadakan berkaitan amalan pertanian keliling rumah. Peserta juga turut berpeluang mempelajari kaedah pembuatan baja organik dan racun serangga secara organik.












