Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
1. Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.
2. Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan
3. Maklumbalas kepada aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Jabatan Pertanian akan diberi dalam jangkamasa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan:
- Surat Kepada Pengarang (SKP) : 24 – 72 jam bekerja.
- Sistem aduan online / e-mel / blog : 7 hari bekerja.
- SMS / Telefon / Surat / Faks / Datang Sendiri : 14 hari bekerja.
- Biro Pengaduan Awam (BPA) : 5 hari bekerja.
- PEMUDAH / Portal MyGovt : 3 hari bekerja.
- Siasatan lanjut (semua saluran) : Tidak melebihi 30 hari.
4. Khidmat analisis makmal, analisis kesesuaian tanah dan kepakaran diagnostik tanaman bergantung kepada jenis analisis dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
- Analisis tanah dalam tempoh 9 minggu.
- Analisis daun dalam tempoh 5 minggu.
- Analisis baja dalam tempoh 7 minggu.
- Analisis air dalam tempoh 3 minggu.
- Analisis hasil pertanian dalam tempoh 7 minggu.
- Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 2 minggu.
- Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap termasuk pembayaran fi.
- Analisis residu racun perosak bagi satu sampel hasil pertanian untuk tujuan eksport dalam tempoh 2 minggu.
- Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 1 minggu.
- Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 2 minggu.
- Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 1 bulan.
5. Khidmat Regulatori
A. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
- Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanah, organisma berfaedah dalam masa 5 hari.
- Permit import bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 6 bulan.
- Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.
B. Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
- Pendaftaran racun makhluk perosak dalam tempoh 6 bulan.
- Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
- Lesen pengendali kawalan makhluk perosak dalam tempoh 21 hari.
- Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
- Pengiklanan racun makhluk perosak di semua media dalam tempoh 1 bulan.
- Penyemburan udara (Aerial Spraying) dalam tempoh 2 minggu.
- Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 3 minggu.
C. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004:
- Kelulusan Hak Pembiak Baka daripada Lembaga Varieti Tumbuhan dalam tempoh 6 bulan selepas perakuan Jawatankuasa Teknikal
6. Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)
A. Pensijilan : Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
- Pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) dalam tempoh 2 tahun.
- Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) dalam tempoh 3 tahun.
- Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 3 bulan.
B. Pengesahan : Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
- Pengesahan pengeluaran benih padi (benih padi daftar & benih padi sah) dalam tempoh 2 minggu.
- Pengesahan benih tanaman dalam tempoh 2 minggu.