𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍)
Pengarah Pertanian Negeri Johor , Tn. Hj. Yosri bin Mohd bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) yang disambut penuh takzim oleh Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).
Kunjung hormat ini diadakan bagi membincangkan hala tuju dan perancangan pembangunan projek-projek pertanian di Negeri Johor, selaras dengan agenda pemodenan sektor pertanian serta usaha memperkukuh keterjaminan makanan negeri. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk berkongsi perkembangan semasa pelaksanaan projek pertanian, mengenal pasti peluang kerjasama strategik serta mendapatkan pandangan dan sokongan bagi mempercepatkan pelaksanaan inisiatif pembangunan sektor agromakanan di Johor.
Turut hadir sama dari pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan) dan En. Mohd. Suffian Aizudin bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi).





