Pengenalan
Jabatan Pertanian merupakan agensi utama yang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan merupakan ‘custodian’ bagi maklumat tanah negara.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Sijil Pengesahan Tanah Untuk Tanaman
- Sijil pengesahan tanah dikeluarkan untuk projek pertanian seperti pembangunan tanah baru, tukar syarat gunatanah atau tanaman dan sebagai satu (1) dokumen sokongan pinjaman bank.
- Penyiasatan Tanah
- Tiga (3) jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah :
- Penyiasatan Tanah Tinjauan
- Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
- Penyiasatan Tanah Lengkap
- Tiga (3) jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah :
- Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman
- Jabatan Pertanian juga menyediakan laporan kesesuaian tanah-tanaman berdasarkan maklumat tanah yang tersedia.
Caj Perkhidmatan Penyiasatan Tanah
- Caj pemprosesan bagi setiap permohonan adalah RM 120.00
- Caj perkhidmatan sehektar adalah seperti berikut :
| BIL | PERKHIDMATAN | CAJ / HEKTAR (RM) |
| 1. | Pengesahan kawasan hutan / belukar | 1.50 |
| 2. | Pengesahan kawasan telah dibuka | 1.00 |
| 3. | Siasatan tanah separa lengkap kawasan hutan / belukar | 8.00 |
| 4. | Siasatan tanah separa lengkap kawasan telah dibuka | 6.00 |
| 5. | Siasatan tanah lengkap kawasan hutan / belukar | 40.00 |
| 6. | Siasatan tanah lengkap kawasan telah dibuka | 30.00 |
Pegawai Penghubung |
||
| Nama | : Puan Hajah Norzita binti Hashim | |
| No. Telefon | : 07-7581031 | |
| No. Faks | : 07-7581388 | |
| Emel | : uppstah@johor.gov.my, norzita.hashim@johor.gov.my | |
| Jawatan | : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52) | |
| Alamat | : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor | |
![]()
