Pengenalan
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian. Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi lima (5) buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing. Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
- Institut Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957.
- Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967.
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971.
- Institut Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973.
- Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor, yang telah dibina pada tahun 1974.
Manakala, dua (2) buah lagi Institut Pertanian adalah di :
- Institut Pertanian Semanggok, Sarawak.
- Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah.
Objektif
- Melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian.
- Menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial.
Matlamat
- Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta.
- Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk mewujudkan bakal-bakal usahawan pertanian.
- Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.
Jangka Masa Kursus
Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua (2) tahun (empat (4) semester). Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua (2) semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa merangkumi 72 jam kredit untuk layak dianugerahkan Sijil Pertanian
Struktur Pengajian
SEMESTER | PERKARA | TEMPOH |
---|---|---|
Semester I & III |
|
|
Semester II |
|
|
Semester IV |
|
|
Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut:
- Mata Pelajaran Wajib meliputi mata pelajaran asas dan kemahiran (pada Semester I – IV)
- Mata Pelajaran Pengkhususan di mana pelajar boleh memilih salah satu daripada enam (6) bidang yang ditawarkan (pada Semester III – IV)
- Latihan Industri yang diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan (pada Semester IV)
Kategori Kumpulan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan
TAHUN 1 (SEMESTER I)
|
TAHUN 1 (SEMESTER II)
|
TAHUN 2 (SEMESTER III)
|
TAHUN 2 (SEMESTER IV)
|
Kos Pengajian
Kos pengajian hendaklah dibiayai sendiri oleh calon namun begitu tempat penginapan dan makanan disediakan sepanjang kursus ini dijalankan.
Kos Pengajian
Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut :
- Landskap
- Nurseri Tanaman
- Perladangan
- Perhotelan
- Rekreasi
- Pemprosesan
- Perusahaan Pertanian
Prosedur Permohonan
Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama tempatan pada Mac/April setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon secara online bagi lepasan sijil SPM/SPMV. Manakala bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :
Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Pertanian
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya.
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Kemahiran)
PEGAWAI PENGHUBUNG |
||
Nama | : Encik Alang Mad Daud bin Dawan | |
No. Telefon | : 07-7581161 | |
No. Faks | : 07-7581984 | |
Emel | : ipah@doa.gov.my | |
Jawatan | : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52) | |
Alamat | : Institut Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor |