KOTA TINGGI, 26 SeptemberΒ –Β Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Ahmad Kamil Mohd Yunus telah merasmikan Program Pertanian Bandar yang dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar Kota Tinggi atas kerjasama Program Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Kota Tinggi bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor. Dalam ucapanΒ Pengarah Pertanian Negeri Johor bahawa beliau amat berbangga ke atas usaha yang ditonjolkan oleh Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar kerana menitik beratkan pertanian dalam sektor pendidikan dan menggalakkan lagi kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Johor khasnya mencontohi atas apa yang dilakukan oleh sekolah ini. Program yang disalurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi ini sehingga memperoleh bantuan khas berbentuk peralatan dan input-input mengenai program ini membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.
Menurut Encik Mohd Haffiz Aman salah seorang wakil guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar menyatakan objektif program ini adalah untuk menghubungkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan Pertanian sama ada diperingkat Ddaerah mahu pun diperingkat negeri bagi memupuk kesedaran awal pendidikan melalui pertanian di peringkat sekolah.Β Program Pertanian Bandar ini dapat memberi kesedaran bahawa pentingnya pertanian dalam hidup seharian. Dengan program ini juga kita dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan belia-belia masa kini supaya menghargai amalan pertanian yang telah memberi makanan pada kita semua. Program ini juga mendapat usaha sama daripada Pusat Pengumpulan Peladang Muda Pengerang bagi membantu pemasaran hasil pertanian dilakukan.







