𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Johor telah mengadakan lawatan ke Projek Pertanian Daerah Kota Tinggi. Projek Tanaman Durian ini diusahakan oleh YB Dato’ Haji A Rahim bin Nin, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor.

Turut hadir sama :

1. YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan – Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech

2. En Mohd Hafiz bin Ramly – Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)

3. En Mohd Hafizh bin Hussain – Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi

4. Pn Nur Aizat binti Abd Razak – Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru

5. En Saifulizan bin Mustaffa – Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Negeri Johor

Serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran semasa mengenai prestasi projek, meneliti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha serta membincangkan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran durian di negeri Johor.

Sepanjang lawatan, Pengarah Pertanian Johor turut berkesempatan berinteraksi dengan YB Dato’ bagi mendengar pandangan serta berkongsi cadangan ke arah memperkukuh pembangunan industri durian melalui penerapan teknologi dan amalan pertanian yang baik (myGAP).

Jabatan Pertanian Negeri Johor sentiasa komited dalam memperkasakan sektor agromakanan melalui penyampaian perkhidmatan teknikal, khidmat nasihat dan pemantauan berterusan bagi memastikan pembangunan industri tanaman buah-buahan, khususnya durian, terus berdaya maju, mampan dan berdaya saing.

“Pertanian Maju, Johor Makmur.”

#JabatanPertanianJohor#JPNJohor#Agromakanan#DurianJohor#myGAP#PertanianMampan

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *