Memulakan Perniagaan Pertanian
Memiliki perniagaan sendiri sering menjadi idaman kebanyakan orang. Dengan menggunakan perniagaan sendiri, mereka dapat menggunakan kemahiran dan keupayaaan untuk memperoleh pendapatan sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, di samping mengharap agar perniagaan tersebut terus berkembang dan maju.
Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan menceburi bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut sesuai dijalankan . Ini menyebabkan ramai yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan.
Memulakan perniagaan tanaman perladangan tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan pernigaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan
Pertanian adalah Perniagaan merupakan satu usaha Jabatan Pertanian untuk menarik minat pelanggan bergiat di dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar. Pelanggan yang berminat dan ingin menceburi bidang perniagaan ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi membantu untuk melaksanakan bidang pertanian dengan lebih teratur.
Langkah 1: Tanah
Tanah adalah salah satu faktor asas terpenting. Cara pemilikan tanah boleh di dapati seperti:
- Tanah milikan sendiri
- Sewa
- Pajakan
- Status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan seperti tol
Langkah 2: Modal
Modal adalah merupakan asas yang kedua terpenting bagi menjalankan pertanian ini. Modal juga boleh didapati melalui:
- Simpanan sendiri
- Pinjaman keluarga
- Pinjaman bank tempatan seperti AgroBank
Langkah 3: Teknologi
Teknologi yang terkini dan boleh digunapakai dengan mengikut sesuaian tempat, modal yang mencukupi dan pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul.
Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.
Teknologi Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI.
Langkah 4: Aliran Untung Rugi Pertanian
Secara logiknya, ke semua perniagaan mengutamakan keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi. Aliran tunai bagi setiap komodoti tanaman yang disenaraikan disini dapat membantu untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.
Langkah 5: Pensijilan MyGAP & MyOrganic
Langkah 6: Pasaran
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu meranngsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, tred dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh menbantu di dalam pemasaran Pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia(FAMA).
Langkah 7: Pasaran
Terdapat beberapa garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan Pertanian iaitu:
- Garis Panduan Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Hasil Pertanian dibawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008
- Garis Panduan Permohonan Insentif / galakan dibawah seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967
Muat Turun
Muat Turun Format Pelan Perancangan Perniagaan
Pegawai Penghubung |
||
Nama | : Encik Mazlan bin Mohamed Salleh | |
No. Telefon | : 07-2666707 | |
No. Faks | : 07-2661252 / 1254 / 1256 | |
Emel | : mazlan.salleh@johor.gov.my | |
Jawatan | : Penolong Pegawai Pertanian (G32) | |
Alamat | : Seksyen Pemasaran, Perundingan & Pelaburan Jabatan Pertanian Negeri Johor, Aras 1 Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor. |