Sejarah Penubuhan
Taman Pertanian Johor yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pertanian Kong-kong. Ia dibuka pada tahun 1963. Taman ini terletak di Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor. Lokasinya terletak kira-kira 45 km dari Bandar Johor Bahru. Tujuan pembukaan taman ini adalah untuk mewujudkan persekitaran semula jadi yang menarik bagi menggalakkan pelancongan berasaskan pertanian. Selain itu, ia dibangunkan untuk meningkatkan mutu pengeluaran serta menjadi pusat pemerhatian teknologi dan percubaan penanaman sayur-syuran dan buah-buahan.
Pada tahun 1991, berlaku penjenamaan semula Pusat Pertanian Kong Kong sebagai Taman Pertanian Johor yang memfokuskan aktiviti agropelancongan.
Perasmian taman ini sebagai salah satu pusat agropelancongan di negeri Johor telah diadakan sempena Majlis Sambutan 110 tahun Jabatan Pertanian dan Mini Agro Johor yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2015.
Daya Tarikan
Tarikan utama di Taman Pertanian Johor ini ialah Galeri Tani. Ia telah dibina pada tahun 2016. Galeri ini menyimpan rangka tulang ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Pontian pada tahun 2015. Rangka ini telah diawetkan di Terengganu dan telah disimpan disini. Selain itu, pengunjung berpeluang melihat pameran jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang menerangkan fungsi dan projekyang telah dijalankan.
Dusun Buah-Buahan yang berkeluasan 40 ekar ini dikelilingi dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika seperti durian, duku, langsat, rambutan, betik, pisang dan mata kucing. Buah-buahan nadir juga terdapat di taman ini seperti cerpu, markisa, mentega dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk merasai buah nadir tersebut kerana rasanya yang sangat unik. Selain itu pengunjung juga berpeluang memetic sendiri dan merasai keenakan buah-bauahn yang ditanam di Taman Pertanian ini.
Dusun yang berkeluasan 8 ekar ini merupakan satu-satunya lokasi tanaman kelapa Tacunan yang terdapat Semenanjung Malaysia selain di Sabah. Kelapa Tacunan ini berasal dari Filipina. Kini, taman ini dijadikan sebagai pusat percubaan penanaman kelapa Tacunan.
Taman ini dibangunkan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkenaan tanaman herba. Landskapnya yang menarik dan berwarna-warni menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk dating ke taman ini. Tambahan pula, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam sekitar bahkan mengetahui khasiat dan manfaat herba.
Pengunjung dapat mempelajari cara menternak lebah di Taman Kelulut. Mereka juga berpeluang untuk menuai sendiri madu kelulut dari sarangnya. Madu ini sememangnya mempunyai banyak khasiat. Saiz lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah lain, membuatkan ia mampu menghisap madu daripada bung sehingga ke ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Selain itu, pengunjung akan di dibawa melawat ke ladang dengan menaiki tram. Caj bayaran adalah pada kadar minimum dan ianya adalah dibawah pengurusan Taman Pertanian Johor. Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke bawahdan warga emas adalah percuma.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam, mereka boleh berkhemah di sini kerana tapak perkhemahan turut disediakan serta dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Tempat letak kereta
- Tandas awam
- Surau
- Dewan terbuka
- Bilik seminar
- Bilik mesyuarat
