Objektif
Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.
Jangka Masa Program
- Tahap 1 – 6 bulan
- Tahap 2 – 6 bulan
- Tahap 3 – 12 bulan
- Tahap 4 – 15 bulan
Kemudahan
- Latihan pertanian secara percuma
- Tempat tinggal disediakan
- Makanan disediakan
Lokasi
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
Kumpulan Sasar
- Pelajar Lepasan UPSR
- Pelajar Lepasan PMR
- Pelajar Lepasan SPM
Syarat Kemasukan
TAHAP | SYARAT-SYARAT KELAYAKAN | UMUR |
---|---|---|
1 | Tamat Darjah 6 atau UPSR sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik | 18 – 25 tahun |
2 | Lulus SKM Tahap 1 dan bekerja sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang berkaitan serta telah menduduki peperiksaan SPM / SPMV | 18 – 25 tahun |
3 | Lulus SKM Tahap 2 dan bekerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang berkaitan serta telah menduduki peperiksaan SPM / SPMV | 18 – 25 tahun |
4 |
Lulus SKM Tahap 3 dan bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan serta telah menduduki peperiksaan SPM / SPMV,
ATAU Mempunyai Sijil Pertanian dan telah bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan. |
Tidak melebihi 45 tahun |
Kurikulum
- Kerja pengendalian tanaman dan penanaman
- Kerja penyediaan dan mengurus tempat serta alatan ladang
- Kerja penanaman benih dan penjagaan air
- Kerja menyediakan, mengurus dan penjagaan
- Kerja kawalan penyakit dan rawatan penyakit
- Kerja kutipan dan pengendalian hasil
Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).
Pegawai Penghubung |
||
Nama | : Haji Mohamad bin Kasmuri | |
No. Telefon | : 07-2666709 | |
No. Faks | : 07-2661256 | |
Emel | : mohamad.kasmuri@johor.gov.my | |
Jawatan | : Penolong Pegawai Pertanian (G36) |