15hb Jun 2026 | Isnin
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Telah berlangsung Kursus Pensijilan Home Based Food anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru bertempat di Bilik Latihan , Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dengan kehadiran seramai 20 orang peserta.
Penceramah Undangan :
![]()
Pn Nur Syuhada binti Kamaruldzaman, Pegawai Teknologi Makanan, Bahagian keselamatan dan kualiti makanan ,Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
.
.
Turut hadir :
![]()
Encik Mohd Khairi Bin Mad Jas
Ketua Bahagian Pembangunan dan Operasi, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
![]()
Puan Nur Sakinah Binti Abdul Rahman
Bahagian Pengembangan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Objektif kursus
Kursus Pensijilan Home-Based Food (Program Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah) adalah untuk melatih pengusaha menyediakan makanan yang selamat, bersih, dan mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari dapur kediaman.
Selain itu, kursus ini bermatlamat untuk memahami Standard Keselamatan, mendidik pengusaha mengenai Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan kebersihan asas bagi mengelakkan keracunan serta pencemaran makanan.
Memberi panduan lengkap mengenai tatacara permohonan, syarat kelulusan, dan garis panduan penyenaraian Home-Based Food yang sah dengan pihak KKM serta Meningkatkan Kepercayaan Pengguna.
Membantu usahawan meyakinkan pelanggan terhadap kualiti dan keselamatan produk yang dimasak dari rumah.
Membolehkan pengusaha mengembangkan perniagaan dengan lebih yakin dan mematuhi peraturan operasi perniagaan makanan sedia ada.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
























