Kursus PLPP

Pengenalan

Bahagian Pembangunan Modal Insan (PMI) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan kursus dan latihan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian. Terdapat empat (4) buah Pusat Latihan Pegawai Jabatan Pertanian yang dikelolakan oleh Bahagian PMI, iaitu :

 

  1. Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP), Serdang (Kemudahan | Jadual Latihan)
  2. Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Timur, Besut, Terengganu (Kemudahan | Jadual Latihan)
  3. Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Utara, Teluk Chengai, Kedah (Kemudahan | Jadual Latihan)
  4. Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan (PLPP), Wilayah Selatan, Ayer Hitam, Johor (Kemudahan | Jadual Latihan)

 

 

Senarai Program Kursus Pegawai Jabatan Pertanian 2022 :

 

Bagi sebarang permohonan kursus di Pusat Latihan Pegawai, sila kemukakan Borang Permohonan Kursus (U02-PL2-Pin0) yang lengkap diisi dan serahkan semula kepada Pusat Latihan Pegawai yang berkenaan.

 

 

Objektif Pusat Latihan Pegawai

 

  • Meningkatkan kompetensi pegawai dalam bidang Pengembangan & Keusahawanan, Teknikal, Pengurusan dan Kewangan, Teknologi Maklumat.
  • Menjalankan khidmat sebagai pusat sumber bagi mengumpul dan menyebar teknologi baru.
  • Mengesan dan menilai aspek-aspek pembangunan pengembangan terutama mengenai penyampaian teknologi.

 

 

Fungsi Utama Pusat Latihan Pegawai

 

  • Melaksanakan program latihan jangka pendek untuk pegawai Jabatan.
  • Melaksanakan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk pegawai Jabatan.
  • Menyediakan pelbagai sumber rujukan untuk pengurusan, pembangunan, pengembangan, teknikal, komputer dan sebagainya.
  • Menyediakan dan menyebar maklumat teknologi moden melalui Berita PLPP dan selembaran. Selain itu, juga menyediakan kemudahan penggambaran video, slide dan transparensis untuk tujuan latihan.
  • Menjalankan kajian berkaitan pelaksanaan projek-projek di peringkat wilayah.
  • Menjalankan pengesanan dan penilaian latihan termasuk kajian impak latihan yang dilaksanakan

 

 

Pegawai Penghubung

Nama : Puan Juliawaty binti Sulaiman
No. Telefon : 07-7581878
No. Faks : 07-7581373
Emel : plppah@doa.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G48)
Alamat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor

 

 

Pegawai Penghubung

Nama : Cik Amira Farzana binti Yusof
No. Telefon : 07-758 1446
No. Faks : 07-2758 1373
Emel : amirahfarzana@doa.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian (G41)

 

 109 Jumlah Pengunjung Laman Ini,  3 Jumlah Pengunjung Hari Ini