Kursus Asas Kemahiran Pertanian

 

Pengenalan

Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Pusat Pertanian Ayer Hitam menyediakan kursus jangka pendek bagi usahawan tani/ usahawan asas tani yang ingin mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan sebagainya. Kursus yang dijalankan ini dijalankan selama 2 hingga 3 hari tertakluk kepada tajuk kursus yang disertai.

 

KURSUS USAHAWAN TANI (Petani / Usahawan Tani – Orang Awam)

Syarat-syarat Permohonan Kursus
  1. Warganegara Malaysia (Terbuka kepada rakyat negeri Johor sahaja, permastautin yang sudah 3 tahun)

  2. Umur 18-60 Tahun (Sihat Tubuh Badan)

  3. Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT akan DI TOLAK.

  4. Pemohon yang berjaya WAJIB HADIR dan sekiranya GAGAL HADIR, nama akan disenarai hitam selama 1 tahun (semasa).

  5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi melalui surat / email / panggilan telefon / whatsapp.

  6. Permohonan hanya sah untuk tahun semasa sahaja.

Antara  kursus-kursus yang ditawarkan adalah :-

 APRIL 2025

1. Kursus Pengurusan Hiasan Tanaman Landskap : 29-30 Apr 2025

 MEI 2025

1. Kursus Smart Farming : 27-28 Mei 2025

2. Kursus Landskap Kejur (Hardscape) : 27-28 Mei 2025

 JUN 2025

1. Kursus Pengurusan Ladang : 24-25 Jun 2025

4. Kursus Teknologi Effective Microorganisme (TEM) : 24-25 Jun 2025

 JULAI 2025

1. Kursus Plant Pes Control : 29-30 Jul 2025

2. Kursus Pertanian Bandar & Kebuniti : 29-30 Jul 2025

3. Kursus Seni Landskap Tentarium : 29-30 Jul 2025

 

 

Maklumat Lanjut

PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
86100 Ayer Hitam
Johor
u/p: Bahagian Latihan

 

Pegawai Penghubung : Hjh Ruzila binti Ya’acob

Penolong Pegawai Pertanian Gred G7

No. Tel: 07-7581311
No. Faks: 07-7581344
E-Mel: tanippah@johor.gov.my



BORANG ATAS TALIAN

KURSUS USAHAWAN TANI (Petani / Usahawan Tani – Orang Awam)