Pejabat Pertanian Daerah Mersing
LAWATAN TINJAUAN TEKNOLOGI PERTANIAN KOMUNITI ROMBONGAN ZON PAHANG TIMUR KE DAERAH MERSING
19 Mei 2026
Lokasi :
Projek Perusahaan Pes Puan Gayah binti Ali, Kg. Teluk Lipat, Endau
PAWE Kawanku, Bandar Mersing
Pejabat Pertanian Daerah Mersing amat berbesar hati menerima kunjungan rombongan Lawatan Tinjauan Teknologi Pertanian Komuniti Zon Pahang Timur yang melibatkan peserta dari daerah Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang.
Lawatan dimulakan di Projek Perusahaan Pes milik Puan Gayah Binti Ali di Kg. Teluk Lipat, Endau. Peserta berpeluang melihat sendiri kilang pengeluaran produk perusahaan makanan tempatan serta menikmati jamuan βsignatureβ Mak Gayah iaitu hidangan berasaskan pes soto hasil keluaran beliau sendiri. ![]()
Rombongan turut dibawa melawat PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) Kawanku, Bandar Mersing yang merupakan salah satu komuniti pertanian bandar yang aktif sepanjang tahun dalam menjalankan pelbagai aktiviti pertanian komuniti serta ekonomi setempat. ![]()
![]()
Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta mengeratkan hubungan antara komuniti pertanian dan usahawan antara Johor dan Pahang.














Jauh perjalanan datang ke Mersing,
Singgah melihat projek komuniti;
Terima kasih sudi berkunjung,
Jangan serik datang kembali. ![]()




























