Pejabat Pertanian Daerah Mersing
LAMBAIAN KASIH, KENANGAN ABADI ![]()
Pejabat Pertanian Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada dua warga kerja yang amat kami hargai atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat bersama kami.
Pn. Zainorita binti Basiran
Penolong Pegawai Pertanian, Gred G6
Berpindah ke Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Cik Nurul Ashima binti Mustafa
Pembantu Khidmat Am, H1
Berpindah ke Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Mersing
Kehilangan insan yang sangat baik, ringan tulang, ceria, mesra serta sentiasa komited dalam melaksanakan tugas pastinya amat dirasai oleh seluruh warga Pertanian Mersing. Segala kenangan, gurauan dan kerjasama yang terjalin akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
Pergi ke kebun memetik delima,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Jasa dan budi tetap diterima,
Kenangan bersama kekal di hati.
Terbang camar di laut biru,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Walau berjauhan tempat bertemu,
Silaturahim tetap selamanya.
Semoga Pn. Zainorita dan Cik Nurul Ashima terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan sepanjang bersama keluarga Pertanian Mersing. ![]()
βSetiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan indah akan sentiasa menjadi ingatan.β ![]()




