Batu Pahat, 17 September 2026 (Khamis) – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah melaksanakan urusan penerimaan Insentif Program Pemerkasaan Agromakanan Negara, Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada usahawantani, Puan Dania Elisa binti Mohammad Azri, yang menjalankan perusahaan produk sejuk beku di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat.
Pemberian insentif ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pertanian Negeri Johor dalam menyokong pembangunan dan pemerkasaan usahawantani, khususnya dalam meningkatkan kapasiti perusahaan serta mengembangkan aktiviti pengeluaran produk berasaskan agromakanan.
Melalui sokongan yang disalurkan, usahawantani berpeluang memperkukuh operasi perusahaan, meningkatkan keupayaan pengeluaran serta mempertingkatkan kualiti dan nilai tambah produk bagi memenuhi keperluan pasaran.
Urusan penerimaan insentif tersebut telah diselaraskan oleh Puan Harziana binti Md Kharamani, Penolong Pegawai Pertanian G6 merangkap Penyelaras IAT Daerah Batu Pahat, dengan penglibatan Puan Zetti Azni binti Ayub, APIAT Batu Pahat.
Diharapkan insentif yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh dan mengembangkan perusahaan produk sejuk beku yang diusahakan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan sektor agromakanan serta meningkatkan pendapatan usahawantani di daerah Batu Pahat.


![]()
