PELUANG KEEMASAN MENJADI USAHAWAN PERTANIAN!
Anda berminat untuk menceburi bidang pertanian dan menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan?
Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat kini membuka peluang kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menyertai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sri Sembrong.
Peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang pertanian.
Membina perniagaan pertanian yang berdaya maju.
Menjana pendapatan melalui aktiviti pengeluaran makanan.
SYARAT PERMOHONAN:
1. Permohonan individu atau syarikat.
2. Mempunyai penyata kewangan / penyata akaun perniagaan terkini.
3. Mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang baik.
Dokumen sokongan: Rancangan Perniagaan Projek.
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 DISEMBER 2026
Jangan lepaskan peluang ini! Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada usahawan pertanian TKPM Sri Sembrong.
JOM MOHON SEKARANG!

![]()
