BATU PAHAT, 18 November 2026 – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat bakal memeriahkan penganjuran Passion Coffee Day D’BP yang menggabungkan keunikan kopi dan buah markisa menerusi pelbagai aktiviti serta tarikan menarik kepada masyarakat setempat.

Program yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 18 November 2026, bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai, Parit Raja ini bertujuan memperkenalkan keunikan gabungan kopi dan buah markisa, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai potensi kepelbagaian produk berasaskan hasil pertanian.

Antara tarikan utama program ialah pengenalan Passion Coffee, iaitu minuman kopi yang digabungkan dengan rasa buah markisa bagi menghasilkan kelainan dari segi cita rasa dan pengalaman menikmati minuman berasaskan buah-buahan.

Pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti dan tawaran menarik, antaranya:

  • Nasi lemak kopi percuma kepada 200 pengunjung terawal.
  • Peluang menikmati keunikan minuman Passion Coffee.
  • Pelbagai jualan menarik menerusi Agro MADANI FAMA.
  • Pengagihan 200 cenderamata percuma kepada pengunjung terawal.
  • Ruang fotografi (photobooth) untuk pengunjung merakam kenangan.

Penganjuran program seumpama ini membuka ruang untuk mengetengahkan kreativiti dalam penghasilan produk makanan dan minuman berasaskan hasil pertanian, khususnya buah markisa. Usaha ini juga berpotensi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian kegunaan hasil pertanian serta peluang penghasilan produk nilai tambah.

Orang ramai, khususnya penduduk Parit Raja dan kawasan sekitar, dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program ini.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *