SEGAMAT, 15 November 2026 – Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah menyertai Program Madani Kita sebagai pempamer di Padang Awam FELDA Pemanis 1, Segamat, menerusi penyediaan perkhidmatan pameran pertanian, khidmat nasihat serta pengagihan anak benih tanaman secara percuma kepada penduduk setempat.

Antara anak benih yang diagihkan kepada pengunjung ialah nangka, jambu batu, jambu air, pandan, serai wangi, rambutan, durian belanda dan cempedak. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat menceburi aktiviti bercucuk tanam serta memanfaatkan ruang yang ada untuk penanaman pelbagai jenis tanaman yang berpotensi memberikan hasil.

Khemah pameran Pejabat Pertanian Daerah Segamat turut mendapat sambutan daripada penduduk sekitar yang mengambil peluang berkunjung untuk mendapatkan khidmat nasihat, berkongsi maklumat serta mendapatkan panduan berkaitan aktiviti pertanian.

Penyertaan dalam program seumpama ini merupakan salah satu pendekatan Jabatan Pertanian untuk mendekati komuniti secara langsung, memperluas penyampaian maklumat pertanian serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sektor pertanian.

Program ini telah berlangsung dengan lancar hasil sambutan dan penglibatan masyarakat setempat. Diharapkan perkongsian ilmu, khidmat nasihat serta pengagihan anak benih yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat kepada penduduk dan menggalakkan lebih ramai masyarakat mengusahakan tanaman di kawasan masing-masing.

Usaha berterusan ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti pertanian di peringkat komuniti serta memperkukuh pembangunan sektor pertanian di Daerah Segamat.

Mendekati Komuniti, Menyemarakkan Pertanian, Memperkasa Pengeluaran Makanan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *