Batu Pahat, 15 September 2026 (Selasa) – Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah melaksanakan Lawatan Audit Luar bagi Pensijilan Baharu myGAP Tahun 2026 di Bukit Batu Agrotech, Kampung Bukit Batu, Batu Pahat, Johor.

Lawatan audit ini melibatkan pemeriksaan dan penilaian amalan pengurusan ladang bagi tanaman durian dan pisang sebagai sebahagian daripada proses permohonan pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices).

Audit luar tersebut telah dilaksanakan oleh:

  1. Encik Mohd Khairul Fathir bin Talha
    Penolong Pegawai Pertanian G6,
    IPRS Pontian.
  2. Encik Idy Suzaimy bin Ismail
    Penolong Pegawai Pertanian G6,
    Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri Johor.

Lawatan turut disertai oleh Puan Farahnaz binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pertanian G6.

Pelaksanaan audit ini merupakan antara usaha berterusan Jabatan Pertanian dalam memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian baik, pengurusan ladang yang sistematik serta penghasilan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat selaras dengan keperluan pensijilan myGAP.

Semoga usaha dan komitmen Bukit Batu Agrotech dalam mengamalkan amalan pertanian baik dapat menyokong penghasilan produk pertanian yang berkualiti serta meningkatkan daya saing sektor agromakanan di Negeri Johor.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *