π πππ ππππ | πππππππ πππππππππππ πππππ πππππ : βπππππ πππππ, ππππππππππ πππππππ πππππβ
Y.B. Datoβ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor turun ke Sawah Padang Endau Mersing bagi menyantuni para pesawah disini. Turut hadir En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) serta pegawai dan kakitangan jabatan yang terlibat.
Dalam majlis ini Y.B. Datoβ telah menyampaikan insentif pertanian bernilai RM 1,953,425.90 iaitu :
1. Mesin Combine Harvester bernilai RM 186,900.00
2. Insentif Pembangunan Infrastruktur Sawah (Perataan) bernilai RM800,000.00
3. Bantuan One-Off kepada Pesawah RM300 kepada 206 orang
4. Bantuan benih untuk penanaman musim utama tahun 2026/2027 bernilai RM 145,320.00
5. Insentif Bantuan & Baja bagi Pelaksanaan Penanaman Musim Baru bernilai RM 759,405.90
Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam membantu meningkatkan potensi industri penanaman sawah padi di Negeri Johor. Semoga dengan insentif ini dapat meringankan beban petani serta menyuntik semangat kepada petani sawah padang endau dalam meningkatkan hasil padi di Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

















