Ketua Pengarah Pertanian Ke Turun Padang

Ketua Pengarah Pertanian Ke Turun Padang

Ketua Pengarah Pertanian Ke Turun Padang

8 Mac 2021 | Isnin

Ketua Pengarah Pertanian Malaysia meneruskan lawatan kerja ke Projek Komuniti Belia Kempas Permatang, di Daerah Johor Bahru. Lawatan ini diiringi oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor Dan Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.

Projek Komuniti Belia ini menjalankan aktiviti Tanaman Secara Fertigasi dan tanaman utamanya adalah cili centil. Projek ini diketuai oleh En Md Yasirun Bin Khamis. Beliau dibimbing oleh En Muhammad Haidhar Bin Yem, Agen Pengembangan Tanaman Mukim Tebrau dan Bandar.

Melalui lawatan ini Ketua Pengarah Pertanian Malaysia bersama usahawan dan pegawai di daerah berkongsi pandangan dan pengalaman. Semoga dengan lawatan ini dapat menambah ilmu dan meningkatkan semangat usahawan dalam mengusahakan bidang tanaman sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares