Keluarga Allahyarham Hisyamudin Bin Mansor Diziarahi Ketua Pengarah Pertanian Malaysia

Keluarga Allahyarham Hisyamudin Bin Mansor Diziarahi Ketua Pengarah Pertanian Malaysia

Keluarga Allahyarham Hisyamudin Bin Mansor Diziarahi Ketua Pengarah Pertanian Malaysia

8 Mac 2021 | Isnin

Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, YBhg Datuk Nasir Bin Warris bersama Pn Mufiddah Bt Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kuasa Usaha Kejuruteraan Pertanian Negeri Johor menziarahi keluarga Allahyarham Hisyamudin Bin Mansor, bekas Penolong Jurutera Pusat Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam yang telah meninggal dunia pada 1/2/2021.

Turut serta Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pertanian Malaysia, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pegawai Pertanian Daerah Kluang serta kakitangan jabatan.

Dikesempatan ini juga pihak jabatan menyerahkan sedikit sumbangan untuk keluarga Allahyarham dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul oleh keluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para solehin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares