πŸ— 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π“πˆπŒππ€π‹π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍)

Pengarah Pertanian Negeri Johor , Tn. Hj. Yosri bin Mohd bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) yang disambut penuh takzim oleh Y.B. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan).

Kunjung hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), di samping membincangkan aspek pengurusan jabatan, tadbir urus organisasi, pembangunan modal insan serta usaha mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara lebih cekap dan berkesan.

Turut hadir sama dari pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah En. Mohd. Suffian Aizudin bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi).

Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *