Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Ke Negeri Johor

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Ke Negeri Johor

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Ke Negeri Johor

7 Mac 2021 | Ahad

Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia, Yang Berbahgia Datuk Mohd Nasir Bin Warris pada hari ini telah membuat lawatan kerja ke Pejabat Pertanian Daerah Kluang, Johor Darul Ta’zim.

Kedatangan YBhg Datuk Ketua Pengarah Pertanian disambut oleh En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor dan En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Pegawai Pertanian Daerah Kluang, Pn Azlina Bt Md Dom memberikan serba sedikit taklimat dan penerangan berkaitan aktiviti dan hala tuju Pejabat Pertanian Daerah Kluang dalam usaha membangun dan meneraju sektor pertanian di daerah ini.

YBhg Datuk Ketua Pengarah Pertanian Malaysia juga menyampaikan amanat dan hasrat beliau kepada warga dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kluang supaya lebih proaktif dalam membantu meningkatkan produktiviti dan hasil petani dan usahawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares