MERSING, 20 Mac – Lawatan Penuntut Pusat Pertanian Ayer Hitam bersama Pejabat Pertanian Daerah Mersing mengenai teknologi tanaman fertigasi yang dilakukan di lot milik Encik Sharil bin Basri di Jemaluang, Mersing. Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan serta perkongsian ilmu kepada para penuntut Pusat Pertanian Ayer Hitam mengenai cara yang betul menguruskan tanaman dengan menggunakan teknologi fertigasi dari segi penyediaan kawasan sehingga penuaian hasil tanaman. Lawatan juga turut diadakan ke perusahaan Rempah Segera Puan Gayah binti Ali di Endau Mersing.







