ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π‹π€πˆ

π‹πšπ°πšπ­πšπ§ π’πšπ¦π›π’π₯ 𝐁𝐞π₯𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐒𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐒 π’πšπ«πšπ°πšπ€

π“πšπ«π’π€π‘ π‹πšπ°πšπ­πšπ§:

8 Oktober 2025

Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada pegawai pertanian dari Sarawak seramai 10 orang peserta. Ketibaan delegasi dari Sarawak telah disambut oleh Pegawai Pertanian Daerah Kulai, Haji Mazlan bin Mohamed Salleh, bersama pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Kulai di lokasi lawatan.Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang pertanian di daerah Kulai.

Lawatan pertama telah diadakan di ladang milik Encik Han Sin Keng, berusia 49 tahun, yang mengusahakan tanaman durian, betik dan jambu batu di kawasan seluas 8 hektar.Projek pertanian ini telah bermula sejak tahun 1991 dengan jumlah pekerja seramai lima orang dan menggunakan kaedah penanaman secara terbuka.

Encik Han Sin Keng memperoleh pendapatan tahunan sekitar RM500,000.00 melalui pasaran tempatan dan eksport. Beliau turut menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian di bawah program KPKM bagi tanaman jangka panjang bernilai RM10,550.00, dengan hasil pengeluaran mencapai 64 tan setahun.

Selain itu, beliau turut dibantu di bawah Program Mekanisasi Ladang dengan nilai bantuan sebanyak RM70,000.00 bagi meningkatkan kecekapan operasi ladang.

Lawatan seterusnya diteruskan ke ladang Encik Liew Chat, berusia 63 tahun, yang telah mengusahakan tanaman kopi liberika sejak tahun 2019.

Beliau dibantu oleh dua orang pekerja dan mengusahakan tanaman di atas kawasan seluas 2 hektar. Pendapatan tahunan yang diperoleh dianggarkan sebanyak RM33,600.00, dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 24 tan setahun.

Encik Liew Chat turut menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian di bawah Projek Kolaborasi Kopi dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM20,000.00.

Kedua-dua petani ini telah memiliki Sijil MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices), iaitu pensijilan yang diberikan kepada pengusaha ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik dan mesra alam, menitikberatkan aspek keselamatan makanan, kebajikan pekerja serta kelestarian alam sekitar.

Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pegawai pertanian dari Sarawak untuk melihat sendiri kejayaan petani di Daerah Kulai, malah turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil pertanian negara.

.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *