π™‹π™€π™…π˜Όπ˜½π˜Όπ™ π™‹π™€π™π™π˜Όπ™‰π™„π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™€π™π˜Όπ™ƒ π™†π™π™‡π˜Όπ™„

π™ˆπ˜Όπ™…π™‡π™„π™Ž π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™„π™‰π™Žπ™€π™‰π™π™„π™ π™Šπ™‰π™€ π™Šπ™π™ π™†π™€π™‹π˜Όπ˜Ώπ˜Ό π™‹π™€π™π˜Όπ™‰π™„ π˜Όπ™‚π™π™Š π™π˜Όπ™‰π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™†π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™€π™π˜Όπ™ƒ π™†π™π™‡π˜Όπ™„

π™π™–π™§π™žπ™ π™ : 18 Oktober 2025

π™ˆπ™–π™¨π™– : 8.00 pagi – 5.00 petang

π™π™šπ™’π™₯𝙖𝙩 : Dewan Raya Bandar Putra, Kulai

Majlis Penyerahan Insentif π™Šπ™£π™š π™Šπ™›π™› kepada petani agro tanaman makanan Daerah Kulai telah berlangsung pada 18 Oktober 2025 bertempat di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai. Majlis ini telah disempurnakan oleh π™”π™–π™£π™œ π˜½π™šπ™§π™π™€π™§π™’π™–π™© π˜Ώπ™–π™©π™€β€™ π™ƒπ™–π™Ÿπ™ž π™ˆπ™€π™π™™ π™…π™–π™›π™£π™ž π™—π™žπ™£ π™ˆπ™™ π™Žπ™π™ͺ𝙠𝙀𝙧, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Seramai 3,159 orang petani daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) β€” iaitu DUN Bukit Permai, DUN Bukit Batu dan DUN Senai telah menerima bantuan ini. Penyerahan insentif dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi (7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari) bagi penerima dari DUN Bukit Permai, manakala sesi petang (1.00 petang hingga 5.00 petang) melibatkan penerima dari DUN Bukit Batu dan DUN Senai.

Bantuan Kasih Johor sektor pertanian ini bertujuan untuk meringankan beban kos pengeluaran para petani, meningkatkan semangat mereka untuk terus aktif dalam sektor agro makanan serta memastikan bekalan hasil pertanian tempatan. Ia juga mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasakan kesejahteraan golongan petani dan menjamin keselamatan makanan negeri.

Pejabat Pertanian Daerah Kulai menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pertanian Negeri Johor, serta semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini. Diharapkan melalui pemberian ini, para petani akan terus berusaha meningkatkan hasil pengeluaran, memanfaatkan teknologi moden dalam pertanian dan kekal komited menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negeri Johor.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Mohd Jafni Md Shukor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *