𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 – 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐔𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

15 Mei 2026

Majlis Ukiran Budi Sulaman Kasih telah diadakan bagi meraikan serta menghargai jasa dan bakti En. Mohd Khairi bin Md Jas, Penolong Pegawai Pertanian, yang akan berpindah tugas ke tempat baharu.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan ini menjadi tanda terima kasih warga pejabat atas segala komitmen, kerjasama serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat bersama. Segala jasa, tunjuk ajar dan kenangan yang tercipta pastinya akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja.

Perpisahan ini bukanlah pengakhiran sebuah hubungan, sebaliknya menjadi permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih cemerlang. Semoga segala urusan beliau sentiasa dipermudahkan serta terus mencapai kejayaan di tempat baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Khairi bin Md Jas atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga pejabat ini.

❤️❤️❤️ “Jauh di mata, namun tetap dekat di hati. Kenangan bersama akan sentiasa dikenang.”

Pergi ke pekan membeli selasih,

Singgah sebentar membeli cendana;

Terima kasih ukiran kasih,

Jasa dan bakti dikenang selamanya.

Burung merbah terbang melayang,

Hinggap sebentar di pohon jati;

Walau berpisah tetap disayang,

Semoga terus sukses di tempat baharu nanti.

.

.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *