𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐊𝐎𝐌𝐎𝐃𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 (𝐌-𝐅𝐈𝐒𝐎𝐑𝐃) 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐔 𝐒𝐄𝐄 𝐇𝐄𝐍𝐆, 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 26 September 2025
𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Ladang Durian Keu See Heng, Sengkang, Kulai
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧: En. Keu See Heng
𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧: Durian
𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠: 10 hektar
Pada 26 September 2025, satu lawatan rasmi telah diadakan ke Ladang Durian milik En. Keu See Heng di Sengkang, Kulai. Lawatan ini telah diketuai oleh 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗼 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗿. 𝗦𝘁𝗲𝗽𝗵𝗲𝗻 𝗥𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗨𝘁𝗼𝗺, Menteri Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FISORD), bersama rombongan seramai 32 orang peserta.
Rombongan telah disambut mesra oleh En. Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor (Pembangunan) dan Tn. Haji Mazlan bin Mohamed Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kulai.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta perkongsian ilmu berkaitan teknologi dan amalan agronomi dalam penanaman durian secara komersial yang telah berjaya dilaksanakan di ladang ini.
Program lawatan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pegawai Pertanian Daerah Kulai, diikuti dengan taklimat ringkas oleh tuan ladang, En. Keu See Heng. Seterusnya, para peserta berpeluang meninjau sekitar ladang durian seluas 10 hektar tersebut sambil diberikan penerangan mengenai pengurusan tanaman yang sistematik serta kaedah terbaik dalam penghasilan durian berkualiti tinggi.
Lawatan rasmi ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian pengalaman, malah turut memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi pertanian dan pengusaha ladang dalam usaha meningkatkan industri durian negara ke tahap yang lebih mampan dan berdaya saing.
Pihak Pejabat Pertanian Daerah Kulai merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 𝗬𝗕 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗠-𝗙𝗜𝗦𝗢𝗥𝗗, pihak rombongan serta semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada 𝗞𝗲𝘂 𝗦𝗲𝗲 𝗛𝗲𝗻𝗴 atas kesudian berkongsi pengalaman serta membuka ladang beliau sebagai pusat pembelajaran bersama. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri durian dan pertanian negara yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
.
.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





























