Apakah Pensijilan myGAP dan manfaat kepada pengguna?

Apakah Pensijilan myGAP dan manfaat kepada pengguna?

Apakah Pensijilan myGAP dan manfaat kepada pengguna?

Malaysia Good Agricultural Practices atau ringkasannya myGAP merupakan skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik.

Pengiktirafan terhadap ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik (Good Agricultural Practices) telah diguna pakai di peringkat global dengan menggunakan akronim GAP. Contohnya GLOBALGAP, ChinaGAP, NZGAP, IndiaGAP, KenyaGAP, JGAP, ThaiGAP, PhilGAP, IndoGAP dan di Malaysia dikenali sebagai myGAP.

myGAP mengutamakan empat (4) prinsip dalam perlaksanaannya iaitu:i. Keselamatan makananii. Hasil berkualitiiii. Pemeliharaan alam sekitariv. Keselamatan dan kebajikan pekerja. 4 prinsip ini ditekankan dalam 17 elemen dalam proses pensijilan myGAP.

myGAP amat penting kerana pengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan adalah dijamin berkualiti dan selamat dimakan. Selain itu juga, keselamatan dan kebajikan pekerja diutamakan serta kelestarian alam sekitar dipelihara..Sebenarnya banyak manfaat pensijilan myGAP bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pengeluar/petani, alam sekitar dan pekerja ladang.

Antara manfaat kepada pengguna adalah:i. Memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan hasil pertanian yang diyakini selamat dan berkualiti selain organikii. Tahap pengeluaran hasil adalah mengikut pengeluaran peringkat global/eksport dan mematuhi piawaian Standard Malaysia 1784:2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practice (GAP)

Sumber : Buliten Utama TV3

 95 Jumlah Pengunjung Laman Ini,  52 Jumlah Pengunjung Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *