Ucapan Tahniah kepada 28 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi tahun 2020. Semoga pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar dan gemilang pada masa akan datang.
Ucapan Selamat Bersara juga kepada 13 orang Pesara dan Bakal Pesara Jabatan Pertanian Negeri Johor. Sesungguhnya jasamu dikenang, bakti disanjung, budi dijunjung.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Samsolbari bin Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor yang bertempat di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 29 November 2021.
Majlis turut diselitkan dengan gimik Pelancaran Penyampaian βHandBookβ Seksyen Pemuliharaan Tanah & Agroekosistem.























