KOTA TINGGI, 23 Jun – Telah berlangsungnya Program Muafakat Bubur Lambuk Aras 4 & 5 Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi. Sebanyak 6 buah periuk digunakan untuk memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Chef Zakaria dari Hotel MYRES Kota Tinggi. Tujuan program ini dibuat adalah untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan Al Mubarak 1437 Hijrah. Program ini dijalankan secara gotong-royong telah disertai dari agensi seperti JPS, JAKOA, JUPEM, Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Agama dan SKM untuk aras 4, manakala aras 5 pula disertai KEMAS sebagai ketua penganjur, Majlis Agama, JPNIN, Pertubuhan Peladang, RELA dan JPAM ianya berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni. Program yang menjadi tradisi bangunan ini diadakan pada setiap tahun. Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Tuan Pegawai Daerah, Tuan Hj. Mohd Noorazman Bin Dato’ Haji Osman. Program ini sedikit sebanyak memberi pengalaman kapada semua agensi yang terlibat dalam penyediaan bubur lambuk di samping merasai sendiri memasak hasil air tangan mereka. Menurut Y. BHG Tuan Pegawai Daerah, diharapkan program gotong-royong seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan silaturahim sesama kita.






