𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜

.

.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇

.

.

4 Jun 2026 | Kota Tinggi

.

.

Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi telah mengadakan lawatan pengembangan pertanian ke projek tanaman orkid milik Syarikat Sunpride (Malaysia) Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Tai Hong, Kota Tinggi.

.

.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek serta membincangkan cadangan pemasangan sistem solar bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan mengurangkan kos operasi projek.

.

.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Puan Zainorita binti Basiran, Ketua Bahagian Operasi, Encik Zul Naim bin Arbange, Bahagian Perancangan Strategik, dan Encik Muhammad Danial Hafiz bin Mohd Said, APT Mukim Kota Tinggi.

.

.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat membantu meningkatkan produktiviti serta daya saing industri florikultur di daerah Kota Tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Mohd Hafizh Hussain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *