
KOTA TINGGI, 17 November 2026 – Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Encik Mohd Hafizh bin Hussain telah mengadakan lawatan pengembangan pertanian ke beberapa projek Industri Asas Tani (IAT) di sekitar Daerah Kota Tinggi bagi meninjau perkembangan perusahaan serta mengenal pasti potensi dan keperluan usahawan tempatan.
Antara projek yang telah dilawati termasuk perusahaan pengeluaran makanan sejuk beku, penghasilan makanan ringan, pengeluaran sambal bilis serta pemprosesan produk hiliran Moringa.
Turut menyertai lawatan tersebut ialah Puan Suhaidah binti Ardi, Agen Industri Asas Tani (APIAT) Daerah Kota Tinggi.
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak Jabatan Pertanian untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan dan operasi perusahaan, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan serta keperluan usahawan dalam memperkukuh pengeluaran produk Industri Asas Tani.
Melalui hubungan dan khidmat pengembangan yang berterusan, Jabatan Pertanian berharap dapat membantu usahawan meningkatkan daya saing, kualiti produk serta potensi pemasaran, sekali gus menyokong pertumbuhan industri asas tani di Daerah Kota Tinggi.






![]()
