SEGAMAT, 3 Jun – Telah dijalankan satu kursus pembuatan biskut yang merupakan kursus yang terakhir bagi Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) bagi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. LKTF merupakan satu program yang banyak memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai belia mendapat kemahiran mengikut bidang yang disediakan. Pendekatan yang fleksibel dari segi masa latihan dan kursus yang ditawarkan. Impak dari perlaksanaan amat positif sehingga ada yang telah menjadi usahawan hasil dari mengikuti LKTF. Pegawai pembimbing IAT Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Puan Noorsakinah binti Sothir adalah tenaga pengajar sepanjang kursus tersebut dijalankan. Majlis penutup LKTF telah dirasmikan oleh Encik Shashidaran A\L Savabalan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *