KOTA TINGGI, 8 November – Seramai 14 orang kakitangan dan peserta dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi telah menjayakan Program Pertanian Bandar yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Menurut Encik Kadir Atan, perlaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai amnya dan peserta-peserta AADK khasnya dengan penggunaan teknologi serta kaedah pertanian di Malaysia. Hands on dibuat bagi menunjukkan lebih dekat lagi bagaimana kaedah sebenar NFT digunakan. Dalam ucapan aluan dari Pegawai AADK daerah Kota Tinggi, Puan Hazurah Husein, program ini amat bagus kerana ianya memberi laluan kepada masyarakat untuk mendekati bidang pertanian dengan lebih dekat lagi. Selain itu program ini juga dapat menghasilkan bahan makanan kepada kita.
![]()




