KOTA TINGGI, 3 November – Seramai 86 orang guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar menjayakan Program Pertanian Rakyat anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor yang dilaksanakan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Puan Nor Faezah Abdul Muis mengetuai demonstrasi bagaimana cara melaksanakan kaedah penggunaan NFT dan Sistem Hidroponik yang dibekalkan. Menurut guru penasihat program ini Puan Kamilah Amat, amat berbesar hati dengan bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengadaptasikan salah satu program di sekolah untuk menjadikan bidang pertanian dekat di hati. Program ini sangat memberi kesedaran bahawa kehijauan bumi perlu dipelihara, selain itu juga hasil yang diperolehi amat berguna kepada kita semua. Selain itu program ini memberi impak pada murid-murid atas pentingnya bidang pertanian pada Negara kita, agar aktiviti ini diteruskan dan sektor pertanian kekal menjadi sumber utama Negara.
![]()



