Pertandingan Kelompok Tani Jaya & Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri

Pertandingan Kelompok Tani Jaya & Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri

Pertandingan Kelompok Tani Jaya & Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri

TANGKAK, 9 April  – Bertempat di Pejabat Pertanian Kawasan Sawah Ring, Bukit Gambir telah diadakan penilaian bagi Pertandingan Kelompok Jaya Peringkat Negeri yang diwakili oleh PB Kelompok Sayur Sengkang. Seramai 6 juri terlibat sebagai panel juri penilaian. Taklimat telah disampaikan oleh ahli kelompok Sengkang dan kemudiannya dibawa melawat ke projek sayuran berkelompok Sengkang. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan penilaian bagi pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri yang diwakili KPW Kg Kesang Laut, Kesang. Panel juri seramai 5 orang terlibat dalam proses penilaian ini. KPW ini mewakili daerah Tangkak sebagai KPW terbaik daerah dan KPW ini telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2001 dengan keahlian seramai 35 orang. KPW ini mengusahakan projek pemprosesan makanan dan pelbagai produk berasaskan pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares