Usahawan DUN Pulai Sebatang terima bantuan PGU

Usahawan DUN Pulai Sebatang terima bantuan PGU

Usahawan DUN Pulai Sebatang terima bantuan PGU

PONTIAN, 10 April – Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin hari ini telah menyampaikan Sijil Kelulusan Program Galakan Usahawan (PGU) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang bertempat di Dewan Muafakat, Taman Saujana Pontian. Program ini dibuat bersempena dengan lawatan YAB Menteri Besar Johor ke Parlimen Pontian. Dalam lawatan sehari itu beliau dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Wifi Johor Luar Bandar di Dataran Homestay, Puteri Menangis. Selain itu, YAB Menteri Besar Johor turut dijadualkan untuk merasmikan Pasar Awam Pontian, Dewan Muafakat Johor, Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Kampung Sanglang, Ayer Baloi dan pelancaran Mini Karnival OUM Pontian.

Lawatan hari ini merupakan siri lawatan YAB Menteri Besar Johor ke parlimen-parlimen dalam Negeri Johor ke 20, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini. Ia turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Sejak Januari lalu, YAB Menteri Besar Johor bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 19 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak dan Pagoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares