6 JULAI 2026 — Audit Luar Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) telah berjaya dilaksanakan di kawasan Mukim Johor Lama dan Tanjung Surat. Inisiatif ini bertujuan menilai tahap pematuhan pengusaha pertanian terhadap piawaian myGAP, sekali gus memastikan amalan pertanian baik diamalkan secara berterusan demi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, selamat untuk dimakan, dan mampan.

Sesi pengauditan luar kali ini melibatkan pemeriksaan ke atas empat buah ladang tempatan:

  • Rahmad bin Said
  • Mohamad Yassen bin Kamaruzzaman
  • Mohd Haffizan bin Abbas
  • Boustead Plantations Berhad

Proses audit ini telah dikendalikan oleh juruaudit berpengalaman daripada Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT), iaitu Encik Roma Ahmaja bin Abu Bakar dan Encik Khairul Fathir bin Talha. Pengauditan turut diiringi oleh Puan Noorfarahin Binti Sahari (Desk Officer myGAP) serta Puan Nurul Aini Binti Ismail (Pegawai Pertanian Tani Mukim Johor Lama & Tanjung Surat).

Melalui pelaksanaan audit berkala ini, sektor pertanian tempatan dapat terus diperkasa ke arah standard pengeluaran berprestij tinggi yang memenuhi keyakinan pasaran dan pengguna.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *