Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri 2017

Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri 2017

Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri 2017

KOTA TINGGI,  5 April – Telah berlangsungnya Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya (KPW) peringkat Negeri Johor tahun 2017 di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor. Program yang sudah diperkenalkan sejak tahun 1978 ini merupakan di bawah naungan Program PKT Jabatan Pertanian dan bertujuan untuk para wanita tani dalam satu organisasi di bawah pemimpin tempatan dan berpeluang terlibat sama dalam merancang program dan aktiviti yang memenuhi keperluan mereka. Panel Penilai yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pertanian Johor, Jabatan Perikanan, Lembaga Nenas dan Lembaga Pertubuhan Peladang telah hadir bagi membuat penilaian pertandingan ini.

KPW Felda Air Tawar 1 yang ditubuhkan pada 11 Januari 2012 ini mempunyai seramai 65 orang ahli yang rata rata pengusaha pemprosesan makanan, asas pertanian, perkhidmatan dan kraftangan. Antara visi bagi kumpulan ini adalah menjadikan KPW Kg Felda Air Tawar 1 ini pengeluar kepelbagaian produk asas tani yang berkualiti dan ternama serta dapat memasarkan produk didalam dan luar negara. Antara aktiviti dan program yang giat dijalankan dalam kumpulan ini ialah program bergotong royong, program kecergasan dan rekreasi,  dan program kebajikan dengan melawat dan membantu warga warga emas yang uzur dan pesakit kronik.

Panel penilai juga turut melihat dengan lebih dekat para usahawan KPW dengan mengunjung ke tempat pemprosesan Frozen Food yang diusahakan oleh Puan Rubiah Binti Mohamed. Projek yang diusahakan sejak tahun 2002 itu telah menembusi pelbagai pasaran dengan jumlah pendapatan 1.9 juta setahun. Objektif pertandingan ini dijalankan adalah untuk melahirkan golongan wanita yang berjaya dan berdaya saing dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan keusahawanan. Diharapkan dengan program ini dapat menjadikan kaum wanita boleh bersaing dengan lelaki bak kata pepatah “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Itulah perumpamaan yang dapat kita samakan. Diharap program seperti ini dapat terus dijalankan dari semasa ke semasa dan lebih mendapat sambutan dan penyertaan dari kumpulan yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares