BATU PAHAT, 14 April – Lawatan kerja YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah berjalan dengan jayanya ke projek tanaman kelapa milik Tuan Haji Kason Bin Raban di Kg. Lapis, Sg. Ayam, Batu Pahat. Projek tanaman kelapa MATAG dan Pandan ini adalah seluas 15.3ha. Tuan Haji Kason bin Raban telah memenangi beberapa anugerah antaranya Johan Kelapa MATAG 2017, Anugerah Peladang Jaya 2011 dan Johan Kelapa MATAG Sempena AgroJohor 2013.



