KONG KONG, 26 Jun – YB Dr Sahruddin bin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pertanian Negeri Johor di Kota Iskandar dan juga Taman Pertanian Johor di Kong Kong. YB telah dibawa ke sekitar pejabat dan diberikan penerangan oleh Puan Hajah Norzita binti Hashim, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi). Kemudian, beliau turut dibawa ke Taman Pertanian Johor yang terletak di Kong Kong. YB telah melawat sekitar kawasan Taman Pertanian Johor dan melawat Galeri Tani serta dusun-dusun durian.











