𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
.
.
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐈 (𝐈𝐏𝐑 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐍𝐀𝐊)
𝐏𝐀𝐃𝐀 : 17.06.2025
𝐇𝐀𝐑𝐈 : ISNIN
𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 : KOMPLEKS PENGHULU MUKIM SEDENAK
𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 :
𝗘𝗡. 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗪𝗜 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗣𝗥𝗜
(ADO Pembangunan FIzikal,Pejabat Daerah Kulai)
𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗔
Unit Pembangunan Sosial IRDA)
𝗘𝗡. 𝗔𝗠𝗜𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗟𝗜 𝗕𝗜𝗡 𝗭𝗨𝗟𝗞𝗜𝗙𝗟𝗜
( Penghulu Mukim Sedenak)
𝗘𝗡. 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗛𝗔𝗭𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡
( Pen. Pegawai Pertanian,Pejabat Pertanian Daerah Kulai)
𝗘𝗡.𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗭𝗔𝗠𝗜𝗥 𝗭𝗜𝗞𝗥𝗜 𝗕𝗜𝗡 𝗛𝗜𝗦𝗛𝗔𝗠
(Pegawai Lapangan IPR,IRDA)
𝗘𝗡. 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗙𝗔𝗜𝗦𝗭𝗨𝗟 𝗕𝗜𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗥𝗜
(Pegawai Lapangan IPR,Pejabat Daerah Kulai)
𝗖𝗜𝗞 𝗡𝗨𝗥 𝗔𝗭𝗬𝗬𝗔𝗧𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
(Pegawai Lapangan IPR,Pejabat Daerah Kulai
𝗘𝗡. 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗛𝗔𝗣𝗭𝗜𝗦 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
( Ketua Operasi Syarikat Ahmadamira Enterprise)
Kulai, Johor – Satu sesi libat urus berkenaan 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗜𝗣𝗥)- 𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡 telah diadakan di Mukim Sedenak baru-baru ini sebagai usaha memperkenalkan pelaksanaan projek pertanian moden yang menyasarkan golongan B40 dan miskin tegar di kawasan luar bandar.
Program IPR-INTAN merupakan inisiatif strategik di bawah teraju 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 yang memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah golongan berpendapatan rendah melalui penglibatan secara langsung dalam bidang pertanian berteknologi tinggi. Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang ekonomi, memperkukuh keselamatan makanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor pertanian.
Melalui sesi libat urus ini, peserta berpeluang maklumat terperinci berkaitan pelaksanaan projek, peranan serta menyediakan tanggungjawab yang akan diambil, potensi pendapatan, serta sokongan teknikal yang akan disediakan oleh agensi pelaksana termasuk Pejabat Pertanian Daerah Kulai.
𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗿𝗶𝗻𝘁𝗶𝘀 𝗜𝗣𝗥-𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗱𝗶 𝗠𝘂𝗸𝗶𝗺 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗻𝗮 akan dilaksanakan di atas kawasan seluas 𝟭𝟬 𝗲𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗦𝗿𝗶 𝗠𝘂𝗮𝗿 , dengan fokus kepada 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗳𝗲𝗿𝘁𝗶𝗴𝗮𝘀𝗶 – satu kaedah pertanian moden yang menjanjikan hasil tanaman yang tinggi serta efisien dari segi penggunaan sumber. Seramai 𝟮𝟱 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 daripada kalangan penduduk tempatan yang tergolong dalam kategori 𝗕𝟰𝟬 telah dipilih untuk menyertai projek ini.
𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗶𝗻𝗶, para peserta dijangka dapat meningkatkan pendapatan isi rumah secara berperingkat melalui hasil jualan tanaman, selain membina kemahiran dalam bidang pertanian moden yang berdaya saing. Ia bukan sahaja mampu menjana pendapatan yang mampan, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat serta mengaktifkan semula kawasan pertanian di luar bandar.
𝗢𝗯𝗷𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 program ini bukan sahaja berkaitan dengan aspek ekonomi, tetapi juga pembangunan modal insan melalui latihan dan bimbingan teknikal. Program ini turut membuka ruang kepada generasi muda untuk melihat sektor pertanian sebagai satu kerjaya masa hadapan yang profesional dan menguntungkan.
𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 amat berbesar hati menjadi antara agensi pelaksana yang terlibat dalam merealisasikan visi IPR-INTAN ini. Adalah menjadi program harapan agar ini menjadi pemangkin kepada transformasi sektor pertanian di kawasan Kulai, sekaligus melaksanakan martabat usahawan tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan mampan.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
.
.








![]()
