AYER HITAM, 17 Jun 2025 – Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Kursus Pertolongan Cemas (Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Heimlich Manoeuvre) di Dewan Besar, Pusat Pertanian Ayer Hitam yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah asas pertolongan cemas serta teknik CPR dan Heimlich Manoeuvre yang betul dalam menghadapi situasi kecemasan. Peserta yang terlibat adalah pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Penceramah jemputan adalah Dr. Muhamad Redzuan bin Jokiram, Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang serta 3 orang fasilitator, Encik Idzuani Elmi, Encik Mohd Faisal dan Encik Aizad.
Semoga dengan ilmu yang dipelajari melalui kursus ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian sekiranya menghadapi detik-detik kecemasan tersebut.












![]()
