16 Oktober 2023

Bertempat di Hotel KSL & Resort, Johor bahru

๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก

YB Datoโ€™ Zahari bin Sarip

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian

Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor

๐“๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐’๐š๐ฆ๐š ๐‡๐š๐๐ข๐ซ

๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™”๐™ค๐™จ๐™ง๐™ž ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™

Pengarah Pertanian Negeri Johor

๐™€๐™ฃ. ๐˜ผ๐™ฏ๐™ง๐™š๐™š๐™ฃ ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐˜ฝ๐™–๐™จ๐™ž๐™ง

Wakil Rasmi

Ketua Pengarah Pertanian Malaysia

๐™€๐™ฃ. ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฏ ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐™๐™–๐™ข๐™ก๐™ฎ

Timbalan Pengaran bahagian Pembangunan

๐™€๐™ฃ. ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™Ž๐™ช๐™›๐™›๐™ž๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ž๐™ฏ๐™ช๐™™๐™ž๐™ฃ ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™Ž๐™–๐™ก๐™š๐™

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi

Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2023 bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan dan memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi demi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik. โ€œINOVASI PERTANIAN KE ARAH KETERJAMINAN MAKANANโ€ merupakan tema tahun ini yang melambangkan komitmen Jabatan Pertanian dalam melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan secara berterusan.

Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor ini melibatkan seramai 69 penerima dari pelbagai kategori antaranya ialah Anugerah Inovasi Kategori Pegawai, Anugerah Inovasi Kategori Petani, Anugerah Inovasi Perdana Pegawai dan Petani, Anugerah Penghargaan pertandingan Pengembangan, Anugerah Pertandingan Video Daerah Perkhidmatan Pengembangan Inovatif, Anugerah-anugerah Khas, Anugerah Khas Pengarah Pertanian Negeri Johor.

Anugerah Inovasi Pegawai dianugerahkan kepada individu atau Kumpulan yang menampilkan kreativiti dan inovatif di kalangan kakitangan Jabatan Pertanian. Ianya meliputi aspek pengurusan, kecekapan perkhidmatan, kejenteraan dan pelbagai teknologi pertanian sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran pertanian.

Anugerah Inovasi Petani adalah anugerah yang diberikan kepada seorang petani atau sekumpulan petani yang berjaya menghasilkan satu inovasi yang mudah digunakan, kos rendah dan mampu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti ladang. Anugerah bertujuan memberi pengiktirafan kepada para petani yang kreatif dan inovatif sehingga berjaya menghasilkan sesuatu alat atau kaedah yang membantu mereka dalam kerja-kerja pertanian harian mereka. Lebih dari itu inovasi mereka turut mendapat minat dan digunapakai oleh para petani lain.

Antara Anugerah yang telah disampaikan seperti

Anugerah Inovasi Kategori Pegawai & Petani

Anugerah Perdana Inovasi Pegawai & Petani

Anugerah Video Pengembangan Daerah Inovatif

Anugerah Khas Pengarah Pertanian Negeri Johor

Anugerah Khas :

1. Anugerah Khas Agrisgeoportal Cemerlang

2. Anugerah Khas Media Sosial3. Anugerah Khas Pegawai Pembimbing Pengurusan MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Terbaik

4. Anugerah Khas pengurusan TKPM Cemerlang

5. Anugerah Khas Komuniti Pertanian Bandar

6. Anugerah Khas Pengisian Sistem Profil Latihan (SPL)

Anugerah Penghargaan bagi Peserta Pertandingan Pengembangan Peringkat Jabatan Pertanian

1. Penghargaan Daerah Perkhidmatan Pengembangan Inovatif

2. Penghargaan Agen Pengembangan Tanaman Inovatif

3. Penghargaan Agen Pengembangan Industri Asas Tani Inovatif

Anugerah Penghargaan bagi Kumpulan Konvensyen KIK peringkat Jabatan Pertanian Malaysia yang berjaya mendapat tempat pertama iaitu Kumpulan J โ€“ Biotekno (Kik Hybrid Biosekuriti Tumbuhan dan Universiti Teknology Malaysia).

Tahniah kepada kesemua penerima anugerah diatas penglibatan dan kerjasama yang diberikan sehingga berjayanya Hari Inovasi ini. Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan inovasi yang lebih inovatif.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita