Satu Pameran Reka Cipta Antarabangsa 2023 telah berlangsung di Seoul, Korea Selatan dan Malaysia telah diwakili oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dimana telah membawa kejayaan di anugerahi dengan Anugerah Emas.

Dengan kejayaan ini nama Malaysia sekali lagi telah diharumkan dan sekaligus ianya membawa nama Jabatan Pertanian Negeri Johor khususnya dengan lebih berinovasi di peringkat antarabangsa.

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini membuktikan tiada yang mustahil dalam penghasilan inovasi pertanian di Malaysia. Idea inovasi yang dpamerkan ini telah menambat hati juri-juri profesional antarabangsa dan merangkul anugerah emas dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas kejayaan Anugerah Emas Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul, Korea Selatan tahun 2023

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *