BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI

Kursus : Kursus Keperluan Makanan Sediaan Di Rumah “Home-Based Food”

Tarikh : 22 Februari 2023 (Rabu)

Tempat : Dewan Besar, Pusat Pertanian Ayer Hitam

Penceramah Oleh :

1. Puan Nurul Amira Binti Zainudin – Pegawai Teknologi Makanan

2. Puan Situ Rohana Binti Saringat – Pegawai Teknologi Makanan

(Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat)

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk:

i. Memberi galakan kepada pengusaha Home-Based Food mengamalkan amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat seterusnya mematuhi keperluan perundangan semasa.

ii. Memberi pendedahan kaedah dan proses Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan Dirumah (Home-Based Food).

iii. Untuk memastikan pengusaha Home-Based Food dapat menggunakan logo pada label produk yang dihasilkan, sekaligus meningkatkkan keyakinan pengguna ke atas tahap keselamatan makanan Home-Based Food yang dihasilkan.

Kursus ini disempurnakan oleh Cik Siti Irdina Ismahani Binti Ishak, Ketua Bahagian IAT/PKPJ melibatkan 80 orang usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor dan turut mengiringi Pegawai Pembimbing IAT Daerah serta Urusetia dari Ibu Pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *