PUTRAJAYA, 29 Januari – Dalam menyahut cabaran dalam sektor agromakanan negara, Jabatan Pertanian telah mengorak langkah yang drastik dalam pembangunan industri pertanian negara. Dalam Majlis Rangka Kerja Jabatan Pertanian 2019, YBhg Dato’ Jamal Harizan Yang Razali, Ketua Pengarah Pertanian telah menyampaikan 4 cabaran, 4 sasaran industri dan 16 fokus yang akan diberi tumpuan oleh semua warga kerja Jabatan Pertanian di seluruh Malaysia dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik buat seluruh golongan sasar dalam industri agromakanan negara.

Antara sasaran industri yang bakal mengubah landskap sektor agromakanan negara adalah :

Sasaran 1: Perkasa Industri Padi Negara

Industri Padi Negara – Dalam memperkasakan lagi industri padi negara, Jabatan Pertanian telah merangka beberapa langkah yang holistik bagi merancak dan melonjakkan pengeluaran padi negara melalui :

  • Kempen Penggunaan Benih Padi sah
  • Pematuhan Rice Check
  • Farmer Field School
  • Memperluas Konsep Mini Estet/Kluster Padi
  • Menggalakkan Pesawah Mendapatkan Pensijilan myGAP

Sasaran 2: Pembangunan Industri Buah-buahan

Industri Buah-Buahan Negara – Dalam mengukuhkan lagi pengeluaran buah-buahan tempatan 3 strategi telah dirangka iaitu :

  • Pengeluaran Benih Premium & Berkualiti
  • Memulihkan Kawasan mengikut Kluster Melalui Pakej Teknologi
  • Menggalakkan Usahawan Mendapatkan Pensijilan myGAP.

Sasaran 3: Pembangunan Industri Sayuran

Industri sayur-sayuran Negara – bagi meningkatkan produktiviti sayuan yang berkualiti dan selamat dimakan, 3 strategi dirangka dan akan dilaksanakan untuk peningkatan pengeluaran dan penambahan pendapatan usahawan iaitu :

  • Pengeluaran Benih Premium & Berkualiti
  • Memulihkan Kawasan Mengikut Kluster Melalui Pakej Teknologi
  • Menggalakkan Usahawan Mendapat Pensijilan myGAP

Sasaran 4: Pembangunan Industri Kelapa

Industri Kelapa – Bagi mengurangkan import kelapa negara, Jabatan Pertanian mensasarkan pengeluaran 517 000 tan setahun iaitu 7.3 tan/hektar memalui :

  • Pengeluaran Benih Kelapa Varieti Terpilih
  • Pemulihan Kawasan Sedia Ada
  • Tanam Semula Kawasan Sedia Ada
  • Integrasi Dengan Tanaman lain

Bagi merealisasikan sasaran tersebut, Jabatan Pertanian telah menggariskan 16 fokus yang harus dilaksanakan bagi setiap lapisan kakitangan diperingkat negeri dan daerah. Antara 16 fokus tersebut adalah:

  • Fokus 1 : Memaksimakan Pelaburan Di Zon Pertanian Strategik
  • Fokus 2 : Menjana Pendapatan Usahawan Melalui Projek Pertanian Rakyat
  • Fokus 3 : Pembangunan Industri Benih
  • Fokus 4 : Melaksanakan Amalam Pertanian Baik
  • Fokus 5 : Mengukuhkan Kerjasama Antara Penyelidik dan Pegawai Bimbingan Lapangan (APT)
  • Fokus 6 : Melibatkan Sektor Swasta Dalam Perkhidmatan Pengembangan
  • Fokus 7 : Memperkasa Kerjasama Strategik Melalui Konsep MOA Inc.
  • Fokus 8 : Mengkaji & Memastikan Supaya Akta Sedia Ada Memenuhi Keperluan Semasa
  • Fokus 9 : Meningkatkan Kompetensi Pegawai Pengembangan Pertanian
  • Fokus 10 : Pembangunan Industri Tanaman Berpotensi
  • Fokus 11 : Pembangunan Industri Jagung Bijian & Pengeluaran Rumpt Napier
  • Fokus 12 : Pembangunan Agropreneur Muda
  • Fokus 13 : Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani
  • Fokus 14 : Program Pembangunan Ladang Kontrak
  • Fokus 15 : Pengharaman Racun Paraquat
  • Fokus 16 : Soil Profiling untuk tanah sawah di seluruh Malaysia

Diharap dengan kerjasama yang padu dari seluruh wargakerja Jabatan Pertanian untuk merealisasikan impian dan harapan dalam pembangunan sektor agromakanan negara serta meningkatkan pendapatan golongan sasar agar dapat keluar dari kelompok kemiskinan dan karier dalam bidang pertanian bukan saja dipandang sepi tetapi ianya menjadi satu sumber rezeki baru buat setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memperkasa nilai dan integriti, menambahbaik sistem penyampaian dan memantapkan strategi antara Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejajar dengan seruan YBhg Datuk Seri Dr. Ismail Bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara agar penjawat awam sentiasa berpegang kepada prinsip pembaharuan yang berterusan, memodenisasikan penyampaian perkhidmatan, perkhidmatan yang mesra rakyat, cabaran persekitaran global, penjawat awam harus bersatu dan “Do the right thing, right the first time”.

Akhir kata dalam ucapan YBhg Dato’ Ketua Pengarah Pertanian agar semua warga Jabatan Pertanian Malaysia memegang prinsip yang sama dalam melaksanakan tugasan kita seharian dengan memastikan pengeluaran yang cukup, berkualiti dan selamat dimakan.

Sumber: Blog Jabatan Pertanian Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *